3/21/2012

Institut Generasi tawar kursus diperlukan majikan

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan tidak lama lagi pasti menimbulkan keresahan dan debaran kepada pelajar kerana menjadi penentu masa depan.

Kajian mendapati 90 peratus pelajar SPM menganggap keputusan itu sebagai ukuran masa depan. Tidak hairanlah jika mereka dan ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik.

Perlu diketahui bahawa keputusan sama ada cemerlang atau sebaliknya bukanlah penentu sebenar kejayaan hidup seseorang.

Kaunselor Institut Generasi, Suhaila Osman berkata, keputusan itu hanyalah sebagai ukuran kemampuan akademik pelajar dan bukan penamat kehidupan, sebaliknya perancangan tepat adalah landasan untuk menentukan hala tuju masa depan.

Dalam menentukan pilihan terbaik, pelajar juga memerlukan panduan ibu bapa yang memainkan peranan sebagai penunjuk arah dan pemberi maklumat walau apa jua keputusan bakal diperoleh.

“Tanpa bimbingan ibu bapa, moral pelajar boleh terjejas dan sukar untuk merencanakan masa depan dengan baik. Mereka memerlukan sokongan sebagai penunjuk arah daripada mereka yang berpengalaman.

“Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan. Dalam membuat pemilihan itu, banyak faktor perlu diambil kira antaranya sebelum dan selepas memilih destinasi pengajian,” katanya.

Elakkan memilih tempat atau bidang pengajian berdasarkan populariti dan mengikut rakan sebaya, sebaliknya perlu mendapatkan nasihat kaunselor atau ibu bapa.

Sebaiknya pelajar memilih bidang kemahiran vokasional yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Statistik Jabatan Perangkaan Kementerian Sumber Manusia mendapati 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

“Daripada jumlah itu, 21,760 graduan wanita sementara 10,240 pula graduan lelaki. Ini kerana bidang pengajian dipilih kurang mendapat permintaan majikan,” katanya.

Bidang kemahiran vokasional yang ditawarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia amat bermanfaat sejajar memenuhi matlamat negara melahirkan 40 peratus tenaga mahir menjelang 2020.

Antara pusat bertauliah berprestij di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia ialah Institut Generasi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesetiausahaan dan teknologi maklumat (IT).

“Bidang kesetiausahaan dan IT mampu memberikan peluang kerjaya stabil kerana sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan.

“Mengambil ilmu dan kemahiran di bidang ICT adalah pelaburan menguntungkan dan berbaloi.

“Anda diajar kemahiran menggunakan komputer, pengurusan pejabat, kemahiran menaip dengan pantas serta menyediakan dokumen rasmi termasuk kertas kerja, laporan dan surat menyurat,” katanya.

Malah sukatan pembelajaran di Institut Generasi berpandukan konsep praktikal selain memperoleh kemahiran berpandukan standard NOSS (National Occupational Skills Standard).

Pengajian di Institut Generasi hanya mengambil masa enam bulan bagi peringkat sijil dan boleh diambil secara sepenuh masa atau separuh masa.

“Lebih 10,000 pelajar menamatkan pengajian di Institut Generasi dan ramai menyambung pengajian di peringkat diploma dan ijazah.

“Maklum balas daripada bekas pelajar mendapati kaedah pembelajaran di institut ini amat berkesan, apatah lagi mudah mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi talian 03-20704081 ataupun terus ke kampus induk Institut Generasi di 51-53 Jalan Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur. HM

No comments:

Post a Comment