3/14/2012

HOKI KELAYAKAN OLIMPIK 2012 – SKUAD NEGARA MEMBELASAH UKRAINE 5 - 1

HOKI KELAYAKAN OLIMPIK 2012 DUBLIN IRELAND

Skuad Hoki Malaysia meneruskan rentak kemenangan dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik London apabila membenam cabaran Ukraine 5-1 sebentar tadi.
Sebelum ini, skuad negara telah pun mencipta dua kemenangan iaitu ketika menang 5-1 ke atas Chile dan 6-2 ke atas Russia. Turun sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan ketiga menentang Ukraine yang dibelasah 12-0 oleh Ireland 2 hari lalu.
Skuad negara bagaimanapun lambat panas dan hanya berjaya memecah kubu pertahanan Ukraine pada minit ke 25 menerusi Tengku Ahmad Tajuddin yang menerima hantaran Faizal Shaari. Gol kedua menyusul lapan minit kemudian.

Kecemerlangan skuad negara menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti sekali lagi dibuktikan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti selepas permainan bermula 18 minit di separuh masa kedua. Ukraine berjaya memperolehi gol menerusi serangan balas menjadikan kedudukan 3-1.
Faizal Shaari bagaimanapun berjaya menambahkan satu lagi gol 7 minit sebelum permainan tamat. Dan skuad negara berjaya menjaringkan satu gol menerusi pukulan penalti stroke untuk menamatkan permainan dengan keputusan 5-1.
Malaysia kini berada di kedudukan teratas dengan 9 mata hasil 3 kemenangan dari 3 perlawanan. Namun keputusan ini dijangka berubah selepas perlawanan Korea Selatan vs Ireland selepas ini. Ini kerana skuad negara hanya akan dibezakan pada jumlah jaringan gol yang banyak diperolehi oleh Korea dan Ireland.
Namun jika keputusan perlawanan itu, berkesudahan dengan seri, peluang skuad negara untuk mara ke Olimpik semakin luas. Cabaran sebenar skuad negara adalah pada khamis ini iaitu Malaysia akan menentang Korea Selatan 15 Mac 2012. Perlawanan dijangka bermula jam 11.30 malam waktu Malaysia.
Kedudukan Semasa Hoki Kelayakan Olimpik selepas perlawanan ketiga Malaysia vs Ukraine

No comments:

Post a Comment