Kisah Orang Mukmin dan Orang Kafir
Perkongsian Kisah Motivasi
Pada zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua
mereka pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama
berhalanya lalu dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkaat
jala dengan menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun.
Orang mukim itu pun menjala sehingga waktu maghrib
maka dia pun dapatlah seekor ikan, tapi malangnya ikan itu telah jaatuh
kembali ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat
apa-apa ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat
hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun
sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah
menunjukkan kepada malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah
untuk oraang mukmin itu, iaitu syurga.
Sehingga malaikat itu
berkata, “Tidak bererti apa-apa pun penderitaan di dunia ini, apabila
dia mendapat tempat di syurga”. Allah juga menunjukkan tempaat orang
kafir kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak
berguna apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah
neraka jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas emoat sebab:
1. Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata,
“Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan
amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai
dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari
melakukan ibadat”.
2. Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh
kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat
beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah
menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
3. Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan
kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu
tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat
kepadaKu”.
4. Apabila orang yang sakit memberikan alasan
dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari
beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah
seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu
tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
P/S: Sehinggakan tiada orang lagi dapat memberikan alasan kepada Allah kelak di hari Kiamat
sy nak mohon, semua artikel ttg keagamaan, sy nak share...tq...
ReplyDeletep/s : sy kreditkan ke sini..don't worry... ^_^
silakan ^^
Delete