Loo Jo Yee . Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama
kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah
gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap
masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama
Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing.
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk
masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan,
beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan
mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran
Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang
telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu,
Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang
sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika
membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau
menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor
mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau
merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba
berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis
dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika
beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan
kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada
waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah..
Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah
dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan
remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan
Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar
muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta.
Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang
mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia
berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara
tersendiri. Sumber
No comments:
Post a Comment