3/12/2012

Muhasabah Diri

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Justeru Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat-Nya bagi hamba-hamba yang ingin kembali ke arah jalan yang benar. Namun dalam era globalisasi tanpa sempadan ini ramai antara kita lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara.

Justeru marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita, dan ingat-mengingati antara satu sama lain, sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud:

 (1) Demi masa
(2) Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan 
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Saya ni bukanlah ustaz mahupun orang yang arif dalam bidang agama, bahkan saya ni selalu alpa dan lalai, banyak membuat perkara lagha, jadi muhasabah ini sebenarnya untuk diri saya sendiri sebagai peringatan, semoga ia dapat memberi manfaat juga kepada sahabat-sahabat. Sama-samalah kita berpesan-pesan ke arah kebaikan. Jom kita layan beberapa video muhasabah/ceramah daripada para ustaz, semoga bermanfaat.

1. Mensyukuri nikmat Allah (Ustaz Don) - Sumber

2. Pakar dunia tapi jahil akhirat (Ustaz Don) - Sumber

3. Masa paling sesuai untuk bersedekah (Ustaz Don) - Sumber

4. Mengapa hati menjadi keras? (Ustaz Don) - Sumber


Saya akan mengemaskini senarai video dari semasa ke semasa. Saya juga memohon jika sahabat-sahabat ada terjumpa video muhasabah yang lain sudilah kiranya berkongsi link supaya kita dapat berkongsi sama-sama. Akhir kata, segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang kerana kelemahan kita sebagai manusia. Sekian, wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment