[8 Mac 2012]
Peringkat akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 ini menampilkan seramai 8 orang peserta, iaitu 3 dalam Kategori Nusantara dan 5 dalam Kategori Antarabangsa. Pertandingan yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan ini dirasmikan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada majlis perasmian kemuncak yang berlangsung di Dewan Planeri, PICC pada 8 Mac 2012.
PABM yang sudah memasuki edisi ke-6 ini diilhamkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, yang memberi penekanan kepada memperkukuhkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
KATEGORI NUSANTARA
Kategori ini disertai dari peserta Negara yang tergolong sebagai pengamal bahasa Melayu sebagai bahasa utama seperti Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Bagi peringkat akhir ini tiga orang peserta yang layak adalah Fathiah Ibrahim (Malaysia), Dayangku Mumtazah Pengiran Haji Md Jaafar (Brunei) dan juga Wahyudi (Indonesia). Keputusan pertandingan beserta tajuk pidato adalah seperti berikut:
Tempat Pertama:
Fathiah Ibrahim dari Malaysia dengan tajuk pidato “Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera”.
Tempat Kedua:
Dayangku Mumtazah Pengiran Haji Md Jaafar dari Brunei dengan tajuk pidato “Bahasa Dijunjung Budaya Dijulang”.
Tempat Ketiga:
Wahyudi dari Indonesia dengan tajuk pidato “ Bahasa Dijunjung Budaya Dijulang”.
Tahniah diucapkan kepada peserta Negara yang tampil penuh bersemangat dan padat dengan pengisian yang berguna. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 15500, RM 9300 dan RM 6200.
KATEGORI ANTARABANGSA
Peserta bagi Kategori Antarabangsa melibatkan peserta Negara bukan nusantara dimana bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa asing di negara mereka. Kebanyakan meraka terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus elektif bahasa Melayu. Lima orang peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir adalah Marina Makarova (Moldova), Polina Matveycheva (Rusia), Yota Tamura (Jepun), Sebghatullah Qazizada (Afghanistan), dan Elena Vorbyeva (Latvia).
Tempat Pertama:
Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan dengan tajuk pidato “Malaysia Gemilang Di Mata Dunia”.
Tempat Kedua:
Polina Matveycheva dari Rusia dengan tajuk pidato “Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia”
Tempat Ketiga:
Elena Vorbyeva dari Latvia dengan tajuk pidato “Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia”
Bagi kategori ini juga pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 15500, RM 9300 dan RM 6200.
Berikut adalah video persembahan peserta-peserta peringkat akhir pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, mengikut urutan giliran.
Peserta ke-7
Berikut adalah video persembahan peserta-peserta peringkat akhir pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri, mengikut urutan giliran.
Peserta Pertama
Marina Makarova dari Moldova (Kategori Antarabangsa)
Tajuk pidato : Belia Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara
Peserta ke-2
Wahyudi dari Indonesia
Tajuk pidato: Bahasa Dijunjung Budaya Dijulang
Peserta ke-3
Polina Matveycheva dari Rusia
Tajuk pidato: Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia
Peserta ke-4
Yota Tamura dari Jepun
Tajuk pidato: Belia Malaysia Pemangkin Pembangunan Negara
Peserta ke-5
Dayangku Mumtazah dari Brunei
Tajuk pidato: Bahasa Dijunjung Budaya Dijulang
Peserta ke-6
Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan
Tajuk pidato: Malaysia Gemilang Di Mata Dunia
Peserta ke-7
Fathiah Ibrahim dari Malaysia
Tajuk pidato: Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera
Peserta ke-8
Elena Vorbyeva dari Latvia
Tajuk pidato: Malaysia Destinasi Utama Pelancongan Dunia
Untuk maklumat lanjut tentang PABM sila layari laman web rasmi PABM.
No comments:
Post a Comment