KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui
seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita
hamil itu.
Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit
melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan
lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada
benihnya.
Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan
Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki
terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.
“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.
Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.
“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan
ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini
hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.
Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit. Sumber
No comments:
Post a Comment