Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam
Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah
universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang
mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat
berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu,
tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas
positif dan cas negatif.
Dalam perjalanan hidup manusia setiap
hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak
menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran
cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas
tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih
dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita.
Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan
kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan
aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Berbalik kepada kaitan
solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa
dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan
bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan
oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4
rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2
rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang
mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu
menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan
aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas
positif/negatif tadi.
Pertama sekali beliau mengkaji kaitan
jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan
cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita
disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu
bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.
Dalam bergeseran tubuh
kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh
kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik
oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita.
Jamaah
lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas
ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita.
Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan
kita.
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila
kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah
berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita
mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila
kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit
pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa
solat subuh itu hanya dua rakaat.
Seterusnya, setelah seharian
kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak,
cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari
badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan
solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas
ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat
rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses
yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan
banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak
cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita
mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya,
kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak
menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama.
Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya
kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah),
banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita
tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini
berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan
Asar).
Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang
mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak
melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan
pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau
lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang
sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur
pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam
untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.
Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para
sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan
kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi,
dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah)
sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan
pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu
sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan
diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah
satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala
mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam
itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada
di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau
telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam.
Subahanallah.
"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu
sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.
Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama. Walahu'alam. - Sumber
No comments:
Post a Comment