Hangat sungguh peminat dan orang media memperkatakan soal perkahwinan
pelakon Fasha Sandha dan Jejai pada minggu lalu. Yalah, berhari-hari
juga kisah persiapan dan perancangan perkahwinan kedua-duanya disiarkan
media. Sampai sekaranglah topik itu menjadi bualan. Daripada abang
pemandu teksi sampai ke kakak yang jual tudung di Jalan Tunku Abdul
Rahman, semuanya seronok memperkatakan cerita kahwin mereka berdua.
Cik Normah pun tumpang sekaki jugalah memperkatakannya. Maklumlah,
yang hendak kahwin bukan calang-calang orang. Jadi, kalau Cik Normah tak
masuk campur sama, nanti ada pula peminat cakap Cik Normah ketinggalan
kereta kuda.
Alang-alang dah sentuh topik Fasha nak kahwin, yang dikatakan bakal
berlangsung pada April ini, Cik Normah pun ada juga terdengar cerita
yang perkahwinannya itu akan disiar secara eksklusif oleh stesen
penyiaran terkemuka, TV3.
Sebagai penulis ruangan gosip yang prihatin, Cik Normah pun ada juga
bertanya pada beberapa teman di stesen TV terkenal itu. Yalah,
kalau-kalau mereka ada membuat perancangan istimewa sempena perkahwinan
yang menjadi sebutan ramai berkenaan. Apatah lagi Fasha pun bukannya
orang lain dengan TV3. Banyak drama lakonannya disiarkan TV terbabit,
dan semuanya meletup kababom semuanya.
Tetapi yang Cik Normah dengar setakat ini, sama ada ia disiarkan
secara langsung seperti perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri
Khalid Mohd Jiwa dulu, belumlah lagi ada hitam putihnya. Namun kata
beberapa teman di Sri Pentas, tak mungkinlah siaran langsung seperti itu
diulang semula. Ia hanya berlaku sekali dalam sedekad, adanya.
Paling besar kemungkinannya ialah rakaman eksklusif oleh program
berkonsep kewanitaan keluaran stesen TV berkenaan. Itu pun sudah kira
hebat sangat. Yalah, bukannya semua majlis kahwin akan dirakam secara
eksklusif oleh penerbitan TV3.
Oh ya, khabarnya, kalau ada siaran langsung pula, ia hanyalah
membabitkan acara yang diadakan di ibu kota. Untuk kenduri, resepsi,
atau majlis lain di luar ibu kota dan di luar negara tu, rasanya mereka
tak adalah ikut sama. Mungkin jauh sangat kot, tak larat nanti nak pikul
kamera. SUMBER: NORMAH BECOK
No comments:
Post a Comment